POLITIK

Nik Nazmi gagal pertahan jawatan ketua cabang, tewas kepada Afdlin Shauki 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa selepas tewas kepada pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki dalam pemilihan parti peringkat cabang.

Keputusan rasmi yang dimuat naik di laman rasmi PKR menunjukkan Afdlin memperoleh 631 undi berbanding Nik Nazmi yang meraih 563 undi. Sebanyak 1,207 undi dikira daripada 1,640 ahli yang layak mengundi.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa telah mengetuai cabang itu sejak dua penggal lalu, namun kali ini berdepan cabaran sengit daripada Afdlin yang membawa pendekatan lebih mesra akar umbi.

Dalam kempen sebelum ini, Afdlin menegaskan beliau tampil menawarkan kepimpinan alternatif yang lebih dekat dengan rakyat, selain mendakwa ramai ahli menyuarakan rasa tidak puas hati kerana jarang bertemu Nik Nazmi sepanjang beliau menjadi ketua cabang.

“Ada ahli parti sendiri yang kata mereka tidak pernah jumpa Nik Nazmi.

“Saya rasa sudah sampai masa kita beri peluang kepada pemimpin yang benar-benar mahu turun padang dan dengar masalah akar umbi,” katanya ketika berkempen sebelum ini.

Untuk rekod, Afdlin menyertai PKR pada 2021 dan pernah mencuba jawatan sama pada 2022 namun tewas kepada Nik Nazmi.

Sementara itu, di Bukit Bintang, Timbalan Menteri Perpaduan, Senator K Saraswathy turut tewas dalam pemilihan Ketua Cabang kepada Anwar Pawan Chik.

Anwar memperoleh 807 undi, mengatasi Saraswathy (683 undi) dan seorang lagi calon, Sivamalar Genapathy yang meraih 664 undi.

Saraswathy sebelum itu memutuskan untuk bertanding di cabang tersebut dengan harapan pengalaman serta penglibatannya dalam politik mampu memperkukuh kedudukan parti di kawasan berkenaan.

Pemilihan PKR peringkat cabang bermula pada 11 April dan dijadual berakhir Ahad ini, melibatkan pertandingan di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button