
Muhammad Hanafi sedia bertanding ketua cabang PKR Hulu Langat, seru anggota kemas kini eKYC
HULU LANGAT – Timbalan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Muhammad Hanafi Jalalludin, mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Hulu Langat dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2025.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pimpinan serta anggota akar umbi yang mahukan kepimpinan progresif, inklusif dan berwibawa di peringkat cabang.
“Saya percaya PKR Hulu Langat perlu diperkukuh agar terus relevan dan menjadi wadah perjuangan rakyat.
“Kita mesti memperkemaskan parti supaya Kerajaan Perpaduan terus kukuh dan stabil demi masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Hanafi, yang telah aktif dalam PKR sejak 2002, kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha PKR Selangor dan Pengarah Bilik Gerakan Utama negeri.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Hulu Langat serta Setiausaha Cabang Hulu Langat.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota PKR untuk segera mengemas kini pendaftaran eKYC bagi memastikan kelayakan mengundi dalam pemilihan kali ini.

“Tema yang saya bawa, ‘Hulu Langat Maju Bersama’, mencerminkan komitmen saya untuk membangunkan PKR Hulu Langat agar lebih kukuh selain memastikan suara anggota didengar,” ujarnya.
Pemilihan PKR 2025 dijangka menyaksikan persaingan sengit, termasuk di Hulu Langat dalam usaha memperkukuh kepimpinan cabang demi kelangsungan perjuangan parti.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |