POLITIK

MPP PKR bermesyuarat petang ini

PUTRAJAYA – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan mengenai kongres tahunan parti berkenaan serta beberapa isu berbangkit.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada puku 4.30 petang ini.

“Ini adalah mesyuarat MPP yang biasa, cuma ia diawalkan.

“(Antara yang akan dibincangkan) hal-hal parti, kongres, perwakilan (dan) muktamadkan (beberapa) keputusan antara inti pati (petang ini),” katanya.

Fuziah berkata demikian ketika ditemui selpeas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini hari ini.

Beliau bagamanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada isu mengenai keputusan pemilihan peringkat Cabang akan turut dibincangkan.

Beliau hanya berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan sejurus selesai mesyuarat berkenaan.

“Saya janji akan keluarkan kenyataan hari ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button