
MoU peruntukan pembangkang akan dibentang kepada semua parti
PUTRAJAYA – Kandungan draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkait saluran peruntukan kepada pihak pembangkang akan dimuktamad dan dibentang kepada majlis tertinggi semua parti politik sebelum diluluskan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, draf tersebut yang merangkumi syarat kebersamaan dalam memastikan kestabilan demi pemulihan ekonomi serta mengelak perpecahan khususnya berkaitan isu 3R (agama, raja, kaum) itu perlu ditandatangani.
“Kita masih memperincikan draf tetapi gambaran MoU sudah saya berikan apa kandungannya iaitu pertama, untuk fokus supaya semua Ahli Parlimen ini melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara.
“Untuk memastikan kestabilan supaya kita dapat menarik seramai mungkin pelancong dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan, 3R dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara di sini, hari ini.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini pada dasarnya bersetuju mengagihkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tetapi mahu MoU di antara kedua-dua pihak dirangka terlebih dahulu.
Keputusan itu disambut baik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan persetujuan untuk meneliti syarat yang ditetapkan kerajaan
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |