POLITIK

Lima ADUN BN Sabah tarik balik desakan Bung Moktar letak jawatan

CYBERJAYA – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini mendesak Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin supaya meletak jawatan difahamkan membuat pusingan-U dengan menarik balik desakan mereka itu.

Kelima-lima mereka iaitu Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) bagaimanapun tetap menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Dalam satu kenyataan akhbar baharu yang diedarkan kepada pihak media malam tadi, lima ADUN terbabit mengecam komplot menjatuhkan Hajiji sebagai ketua menteri, tetapi tidak memasukkan desakan supaya Bung melepaskan jawatan ketua parti negeri seperti dalam kenyataan yang diedarkan sebelum ini.

Semua perkara lain dalam kenyataan terbaharu tersebut sama seperti kenyataan yang sebelumnya, termasuk pengisytiharan sokongan terhadap Hajiji.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button