POLITIK

Kerajaan Pulau Pinang lantik empat ‘ADUN angkat’ susulan pengosongan empat kerusi DUN

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan melantik empat ‘Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat’ susulan pengosongan kerusi DUN Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Teluk Bahang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, lantikan itu dibuat bagi semua ADUN angkat itu menguruskan empat kawasan berkenaan sewaktu tempoh kekosongan.

“Ekoran pengosongan tersebut, kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk membolehkan pelantikan ADUN angkat yang terdiri daripada beberapa ADUN untuk mengurus kawasan berkenaan.

“Tindakan juga diambil supaya rakyat dan pengundi tidak berasa terpinggir serta mendapat pembelaan dan dijaga oleh kerajaan negeri dengan peruntukan yang sama di kawasan masing-masing,” katanya Sidangan DUN, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) berkenaan tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menjaga empat kawasan DUN terlibat.

Sementara itu, dalam jawapannya ketika menjawab soalan tambahan Lim berkenaan dakwaan ketua pembangkang Parlimen dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa tindakan meluluskan usul mengosongkan kerusi empat ADUN adalah penyalahgunaan kuasa, Kon Yeow berkata, kenyataan berkenaan adalah penghinaan kepada Mahkamah Persekutuan dan perlembagaan Pulau Pinang.

DUN Pulau Pinang semalam meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi DUN yang diisi wakil Bersatu iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button