
Kemenangan politik lebih penting dari ibadat haji, umrah : JAKIM teliti kenyataan Abdul Hadi
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengatakan kemenangan politik Islam lebih penting daripada ibadah haji dan umrah.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee menegaskan, JAKIM sedang meneliti perkara tersebut dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak yang berautoriti berkaitan.
Katanya, kenyataan sedemikian tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mengelirukan umat Islam dan memesongkan kefahaman terhadap kedudukan ibadah berkenaan.
“Tindakan ini bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak serta tidak disalah tafsir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan itu, Sirajuddin menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Semalam, media melaporkan kenyataan Abdul Hadi yang menyebut kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadat haji atau umrah, ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kemenangan politik Islam tidak boleh ditangguhkan kerana ‘Islam mesti berkuasa dan memerintah sekali gus memimpin’.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |