POLITIK

Kekalahan Mohd Shukri tidak jejas jawatan sebagai Menteri Besar

CYBERJAYA – Kekalahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sebagai Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Arau semalam tidak memberi kesan kepada jawatannya.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari bagaimanapun berkata, isyarat daripada akar umbi itu akan diambil kira kepimpinan Pas Pusat, lapor Malaysia Gazette.

“Atas kertas, tiada apa-apa (akan berlaku) kerana mengikut Perlembagaan tidak semestinya jawatan YDP untuk menjadi menteri besar dan pesuruhjaya.

“Tetapi saya yakin, paling tidak parti akan memberikan perhatian kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku ini dan ia akan diambil tindakan seleps Muktamar Agung Pas Pusat nanti.

“Kalau diambil tindakan sekarang pun, kita akan berdepan dengan Muktamar Pas Pusat pada September nanti, kita tengoklah perkembangan yang berlaku,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kekalahan itu, Ahmad Fadhli berkata Pas sentiasa mengamalkan keterbukaan kepada setiap ahli untuk membuat keputusan dalam pemilihan kepimpinan.

Jelasnya, yang lebih penting ialah proses pemilihan kepimpinan parti dilakukan secara tertib dan teratur.

Pada mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Arau semalam, Mohd Shukri yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Perlis tewas kepada Solahudin Azmi.

Mohd Shukri hanya meraih 43 undi berbanding Solahudin yang memperoleh 128 undi.

Pemilihan itu juga turut menyaksikan kejutan khususnya bagi jawatan tertinggi di Arau apabila tiga daripada empat Exco Perlis tewas dalam cabaran merebut jawatan YDP, timbalan YDP dan naib YDP Pas kawasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button