
Keahlian Pemuda UMNO meningkat 12,392
KUALA LUMPUR – Pahang mencatat peningkatan tertinggi keahlian baharu Pemuda UMNO.
Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata, setakat ini keahlian sayap parti berkenaan adalah sebanyak 427,230, peningkatan sebanyak 12,392 daripada tahun lepas.
“Dalam senarai ini, Pahang mendahului peningkatan tertinggi jumlah keahlian sebanyak 5.15 peratus,” katanya ketika membentangkan laporan sayap di Pusat Dagangan Dunia KL (WTCKL), pagi ini.
Beliau seterusnya berkata, kedua tertinggi adalah Johor yang mencatat seramai 54,182 keahlian, diikuti Perak dengan 36,303.
Hafiz pada masa yang sama turut meminta para perwakilan supaya mendoakan kesihatan Ketua Pemuda Pahang, Kamil Ibrahim yang tidak dapat hadir pada persidangan kali ini kerana masalah kesihatan.
“Mari kita doakan supaya Ketua Pemuda Pahang diberikan kesembuhan, walaupun tidak dapat bersama kita pagi ini, tetapi gerak kerja negerinya dapat berjalan dengan baik dan kemas,” kata Hafiz lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






