
Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dilantik Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR
PUTRAJAYA – PKR mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR yang dilantik semula hari ini, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pelantikan tersebut diumumkan susulan Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat turut menyaksikan beberapa lantikan penting lain, termasuk Datuk Dr Fuziah Salleh dan William Leong yang kekal dengan jawatan masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung PKR.
“Bagi memperkukuh jentera PKR di peringkat negeri, Datuk Mustapha Sakmud diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, khusus dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang,” katanya.
Baca : PKR belum terima permohonan Tengku Zafrul
Dalam kenyataan sama, Fahmi berkata, mesyuarat turut merakamkan penghargaan tertinggi terhadap sumbangan serta khidmat bakti para pemimpin terdahulu, termasuk mantan Timbalan Presiden, atas segala pengorbanan mereka kepada parti dan perjuangan.
“Parti menghargai segala khidmat kepimpinan lama dan mengalu-alukan penyertaan aktif mereka dalam fasa baharu perjuangan ini,” katanya.
Mesyuarat juga menyentuh isu-isu semasa termasuk perkembangan geopolitik serta keadaan ekonomi global, dengan penekanan kepada kesiapsiagaan jentera menghadapi PRN Sabah.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |