POLITIK

Isu Ahli Parlimen Padang Serai: PN serahkan kepada SPRM sepenuhnya

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepenuhnya mengenai tangkapan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin kerana disyaki terlibat kes projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mengambil pendekatan seseorang itu belum tidak selagi tidak dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

“Kita tidak campur urusan ini sebaliknya menyerahkan kepada proses perundangan untuk siasatan lanjut. Kes ini masih dalam siasatan dan kita tidak boleh mengulas lanjut.

“Kita mengambil pendekatan seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah. Dalam kes ini kita terbuka dan turut berharap Ahli Parlimen Padang Serai berkenaan turut diberi hak yang sewajarnya ,” katanya tadi.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengesahkan beliau ditahan SPRM berhubung kes projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan tindakan menukar statusnya daripada saksi kepada tertuduh.

Katanya, beliau sebelum ini hadir ke pejabat SPRM Kedah pada 25 Mac lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan projek fidlot di bawah Kedah Agro namun menerima arahan mengejut pagi kelmarin untuk bertemu pegawai penyiasat di R&R Sungai Buloh arah utara sebelum dimaklumkan akan didakwa di mahkamah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button