POLITIKBERITA SEMASA

Himpunan Bangkit Ummah boleh gugat keharmonian – AMK

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bimbang penganjuran Himpunan Bangkit Ummah pada Jumaat ini menjadi platfom manipulasi agama demi kepentingan politik.

Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama AMK, Ustaz Ashraf Hadi berkata, perhimpunan tersebut boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dan membangkitkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

“Himpunan itu bukan sahaja berisiko mencemarkan imej Islam tetapi memecahbelahkan masyarakat dengan memainkan sentimen agama secara tidak bijaksana.

“Islam mengajar kita untuk berdakwah dengan hikmah, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl, ayat 125,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ashraf berkata, perjuangan Islam yang sebenar perlu tertumpu kepada usaha memperkukuhkan masyarakat melalui peningkatan taraf hidup, pembangunan pendidikan dan kemajuan ekonomi.

“Islam menuntut umatnya menggunakan akal dan ilmu dalam setiap tindakan, seperti dinyatakan dalam Surah Al-Isra’, ayat 36, yang melarang kita mengikuti sesuatu tanpa ilmu pengetahuan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, tindakan menggunakan sentimen agama untuk tujuan dan kepentingan politik hanya akan merugikan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Katanya, AMK menyeru semua pihak menolak sebarang usaha yang menyalahgunakan agama untuk agenda sempit, sebaliknya menggalakkan tumpuan kepada isu-isu yang membawa kebaikan bersama.

“Kita perlu memastikan setiap tindakan bertujuan memperkukuhkan keadilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana pihak,” tambahnya lagi.

Tegasnya lagi, pendirian AMK yang tegas dalam memastikan agama tidak diperalatkan demi kepentingan politik, selari dengan prinsip Islam sebagai agama rahmat untuk semua.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button