POLITIK

Hilman Idham menang jawatan Ketua ARMADA, tewaskan Akmal Zahin

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham menang jawatan Ketua Pemuda (ARMADA) Bersatu selepas menewaskan pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir.

Dalam keputusan yang diumumlan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Abdul Azim Mohd Zabidi, Hilman memperoleh 1,888 undi mengatasi Akmal Zahin yang juga bekas Pengerusi Tetap ARMADA dengan hanya 170.

Akmal Zahin memperoleh sebanyak 1,718.

Dalam pada itu, jawatan naib ketua pula dimenangi Muhammad Faiz Rahmad.

Muhammad Faiz memperoleh 1,790 undi menewaskan Izhar Shah Arif Shah yang mendapat 1,287 undi dan Ad Adib Shaharuddin (490).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button