
Gobind Singh ganti Guan Eng jadi Pengerusi baharu DAP
SHAH ALAM – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP malam ini menyaksikan Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP.
Jawatan tersebut sebaliknya berjaya dipegang oleh Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang menerima undi tertinggi pada pemilihan CEC DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan walau bagaimanapun dilantik sebagai Penasihat DAP bagi menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang sebelum ini mengumumkan menarik diri.
Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke pula kekal menerajui parti itu sebagai Setiausaha Agung DAP bagi penggal kedua berturut-turut.
Berikut senarai penuh CEC DAP 2025-2028:
Penasihat: Lim Guan Eng
Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo
Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming
Naib Pengerusi Kebangsaan:
1) Chong Chieng Jen
2) Teo Nie Ching
3) Ng Suee Lim
4) Syahredzan Johan
5) J Arul Kumar
Setiausaha Agung: Loke Siew Fook (Anthony)
Timbalan Setiausaha Agung:
1) Sim Chee Keong (Steven)
2) Yeoh Tseow Suan (Hannah)
3) Ramkarpal Singh
Bendahari Kebangsaan: Ngeh Koo Ham
Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Koo Poay Tiong
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:
1) Lee Chin Chen
2) Tan Hong Pin
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:
1) Young Syefura Othman
2) Wong Shu Qi
Setiausaha Antarabangsa: P Kasthuriraani
Penolong Setiausaha Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How (Howard)
Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Vivian Wong Shir Yee
Pengarah Strategik: Liew Chin Tong
Pengarah Dasar: Chan Foong Hin
Pengarah Pilihan Raya: Wong Kah Woh
AJK:
1) Teo Kok Seong
2) Chow Kon Yeow
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |