Gandingan 2 doktor terajui jawatan tertinggi Putera MIC
KUALA LUMPUR – Dr Shatesh Kumar Sangar dan Dr Amarveen Malairaja Karuppanan masing-masing telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua Putera dan Timbalan Ketua Putera MIC bagi penggal 2024 hingga 2027.
Menurut Putera MIC dalam satu kenyataan, penamaan calon pimpinan bagi keempat-empat sayap iaitu Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC peringkat kebangsaan penggal 2024 hingga 2027 telah berlangsung hari ini.
“Sebelum ini Dr Shatesh telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Putera MIC Kebangsaan bagi penggal 2021 hingga 2024.
“Putera MIC merupakan salah satu sayap utama MIC yang terdiri dari para belia yang berumur 18 hingga 30 tahun. Sejak penubuhanya, Putera MIC telah memberikan fokus terhadap pembangunan belia dan program program yang berteraskan hala tuju pendidikan tinggi,” katanya.
Sementara itu, Dr Shatesh memaklumkan bahawa pimpinan baharu Putera MIC ini akan memberikan penekanan kepada agenda pemerkasaan dan penghakupayaan belia komuniti India.
“Melalui agenda ini, tiga inisiatif bakal diketengahkan oleh sayap ini iaitu Sekolah Politik MIC, Kempen UNDI18 dan Siswa MIC,” katanya.
Dr Shatesh turut melahirkan keyakinan bahawa melalui kesemua usaha dan inisiatif ini dapat menarik sokongan anak muda terutamanya pengundi baharu kepada Parti MIC.
Pada masa sama, kesemua inisiatif ini akan menjadi platform yang terbuka untuk berbincang aspirasi kumpulan sasaran sayap Putera MIC.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








