PKR kumpul pandangan, bedah siasat prestasi PRN Sabah
PUTRAJAYA – PKR sedang melaksanakan proses pengumpulan pandangan secara menyeluruh berkaitan prestasi parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung hujung bulan lalu.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, semua pandangan dan dapatan awal berkaitan keputusan PRN berkenaan akan diteliti dengan lebih mendalam pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan datang.
Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, mesyuarat khas MPP yang diadakan di Putrajaya hari ini turut meneliti hasil bedah siasat awal, termasuk isu membabitkan prestasi kerusi ditandingi PKR dan PH.
“MPP PKR mengadakan mesyuarat khas hari ini di Putrajaya dan dalam mesyuarat khas ini, MPP membincangkan dapatan awal bedah siasat PRN Sabah ke-17, termasuk isu-isu yang berkait prestasi kerusi-kerusi ditandingi PKR dan Pakatan Harapan.
“Proses mengumpul pandangan dan dapatan akan diteruskan untuk tindakan susulan diteliti pada mesyuarat MPP akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, mesyuarat khas PKR yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermula pada jam 5 petang sebelum berakhir dua jam kemudian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








