BERITA SEMASAPOLITIK

Fadhlina beri sokongan penuh terhadap Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Beliau menyifatkan Nurul Izzah sebagai tokoh yang layak menavigasi parti ke arah pembaharuan politik nasional.

Menurut Fadhlina, pencalonan itu selari dengan aspirasi akar umbi parti yang menginginkan perubahan berteraskan kestabilan, kesinambungan dan kesetiaan terhadap prinsip perjuangan KEADILAN.

“Beliau adalah pimpinan muda yang lahir dalam gelombang awal reformasi dan telah bersama parti sejak penubuhannya, dari medan pembangkang hingga ke pembentukan Kerajaan Madani,” kata Fadhlina dalam satu kenyataan hari ini.

Fadhlina menegaskan bahawa sokongan terhadap Nurul Izzah bukan bersandarkan salasilah keluarga atau jantina, sebaliknya atas rekod perjuangan beliau dalam isu-isu kemanusiaan, hak wanita dan suara lantang dalam isu antarabangsa termasuk Palestin dan kemiskinan pelbagai dimensi.

“Saya menyokong beliau bukan kerana beliau anak siapa atau wanita, tetapi kerana beliau memiliki iltizam dan kapasiti untuk memperkukuh parti dan membawa agenda rejuvenasi politik negara,” jelasnya.

Tambah Fadhlina, ramai akar umbi telah menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah yang turut berperanan besar sebagai Pengarah Pilihan Raya KEADILAN sebelum ini.

“Nurul Izzah selayaknya menduduki posisi Timbalan Presiden bagi mengemudi parti bersama saf kepimpinan menuju masa depan yang lebih kukuh,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button