POLITIK

Elak serang sesama sendiri, ahli UMNO digesa bersatu padu – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru semua ahli parti itu supaya bersatu padu dan tidak menyerang sesama sendiri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini hari ini.

“Dalam ucapan saya, saya sentuh kepentingan UMNO bersatu padu dan jauhi sifat hendak menyerang sesama sendiri.

“Gunakan setiap platform yang ada sebaiknya dan jika hendak mengkritik, pastikan ia bersifat membina dan bukan membinasakan. Sudah tiba masanya kita kuatkan UMNO kerana rakyat sedang menilai kita,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya.

Dalam pada itu Tengku Zafrul turut mengimbau kenangan ketika pertama kali mendaftar sebagai ahli UMNO pada tahun 1998.

“Bagai sireh pulang ke gagang, hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai atas jemputan Tengku Datuk Zuhri, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.

“UMNO Lembah Pantai ini lah tempat saya mula dekati politik masa daftar sebagai ahli pada tahun 1998. Walaupun sekarang dah jadi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja di Selangor tapi UMNO Lembah Pantai masih dekat di hati saya.

“Tahniah seluruh perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Lembah Pantai tunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti. Seawal 8 pagi lagi mereka dah siap nak bermesyuarat,” tulisnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button