Politik

DUN Pulau Pinang dibubar esok

GEORGETOWN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bagi pembubaran tersebut.

“Saya telah mendapat perkenan TYT untuk menandatangani proklamasi untuk membubar DUN untuk membolehkan pilihan raya negeri (PRN) yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya setelah semua negeri membubarkan Dewan masing-masing.

“Saya merasa lega selepas perkara ini sudah berakhir untuk kita buat persediaan PRN. Pembubaran DUN Pulau Pinang berkuatkuasa pada 28 Jun 2023,” katanya.

Kon Yeow berkata demikian kepada pemberita sejurus bertemu dengan Ahmad Fuzi di kediaman rasminya, pagi tadi.

Sehubungan itu, Kon Yeow dijadualkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenai pembubaran DUN Pulau Pinang pada pukul 2.30 petang nanti di Pejabat Ketua Menteri di Komtar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button