Dr Zambry turun padang bantu kempen calon BN
KOTA KINABALU – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turun padang menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, di sini semalam.
Dr Zambry hadir dalam beberapa program bersama calon Barisan Nasional (BN) di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi menyertai calon BN bagi DUN N28 Kawang, Datuk Jamal Norubit @ Nerubi dalam program bertemu pengundi termasuk aktiviti santai seperti permainan pickleball yang diadakan bersama penduduk setempat.
“Kepada seluruh pengundi DUN N.28 Kawang, jangan lupa mengundi Calon Nombor 3, Datuk Jamal Norubit @ Nerubi pada 29 November nanti,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Beliau turut bersama calon BN bagi DUN N29 Pantai Manis, Redzuan @ Ismail yang menjalankan program komuniti dan sesi ramah mesra bersama masyarakat.
Dr Zambry juga menyeru pengundi kawasan itu untuk membuat pilihan.
“Beliau adalah Calon Nombor 2 bagi DUN N29 Pantai Manis dan kepada semua pengundi di sini, undilah Calon Nombor 2,” katanya lagi.
Menurut Dr Zambry, BN komited untuk membawa suara rakyat, mengangkat agenda pembangunan serta memastikan kestabilan politik dan kemajuan untuk negeri Sabah menjelang PRN kali ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






