SEPANG – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad tidak akan bertanding pada mana-mana pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.
Beliau sebaliknya menjelaskan, tumpuan beliau hanya kepada perjuangan Proklamasi Orang Melayu (POM) dan mempertahankan hak dan kaum Melayu di negara ini.
“Saya tidak berniat nak bertanding tetapi saya harap ada orang lain yang akan bertanding dan seluruh orang Melayu yang sayangkan negara dan bukannya sayang kepada duit, tolak korupsi, rasuah. Jangan kerana dapat RM100, kita jual undi,” katanya pada sidang akhbar khas pada Rabu.
Beliau seterusnya mengaskan, orang Melayu perlu sedar bahawa setiap undi pada mana-mana pilihan raya bakal menentukan masa depan kaum tersebut.
“Keterangan lanjut (mengenai POM) akan diberikan dengan lebih terperinci supaya orang Melayu sedar bahawa mereka hampir hilang negara di waktu ini dan masa hadapan.
“Saya minta supaya orang Melayu sedar bahawa ini negara kita, (walaupun) sanggup kongsi dengan orang lain, jangan kongsi sampai nak hapuskan negara, nak jadikan milik orang lain, itu tidak boleh terima,” katanya lagi.
Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan mengadakan pilihanraya negeri setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibubarkan.
Negeri Sembilan menjadi negeri terakhir terbubar pada 1 Julai depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








