POLITIK

DAP nafi mahu pinda Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berniat untuk meminda mana-mana perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP nafi mahu pinda Perlembagaan Persekutuan berkata, dakwaan kononnya DAP boleh meminda Perlembagaan kerana menguasai 148 kerusi Parlimen adalah tidak berasas dan cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap parti itu.

“DAP sentiasa menjunjung, menghormati dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Orang Asal Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan serta hak kaum dan masyarakat lain di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pendirian tersebut telah berkali-kali ditegaskan oleh pemimpin-pemimpin parti termasuk dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang berlangsung pada Mac lalu.

“Tidak timbul langsung apa-apa niat atau agenda DAP untuk mengubah atau meminda perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini adalah jaminan DAP yang telah dinyatakan secara konsisten,” katanya lagi.

Beliau berkata, perjuangan DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia dan sentiasa berlandaskan undang-undang serta demokrasi.

“Penyertaan DAP dalam pilihan raya dan proses demokrasi negara menunjukkan komitmen kami terhadap sistem sedia ada,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya berhenti mempersoalkan pendirian DAP berhubung isu-isu yang melibatkan asas kenegaraan.

“Kita harus bergerak ke depan demi negara dan rakyat, bukannya terus mencetuskan keraguan yang tidak berasas,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dr Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, walaupun DAP bersama gabungan kerajaan perpaduan menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya meminda Perlembagaan kerana terikat dengan perjanjian asas negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button