Politik

BN yakin beri kemenangan sifar pembangkang di Negeri Sembilan

KAJANG – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yakin tidak akan mensia-siakan peluang kemenangan sekiranya Pakatan Harapan (PH) bersetuju menawarkan dua kerusi tambahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, bersandarkan kekuatan dan persediaan jentera negeri, beliau yakin sasaran sifar pembangkang dapat dicapai melalui kerjasama BN-PH.
`
“Persetujuan awal kita adalah melalui status-qou 16 kerusi BN dan 20 kerusi PH, tapi semua maklum bahawa kita sedang minta supaya dipertimbangkan dua kerusi lagi.

“Saya rasa dengan 18-18 (kerusi) kita akan skor 36-0 di Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di sini hari ini.

Ketika ini, sebanyak 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan disandang oleh PH manakalan 16 lagi oleh BN.

Jalaluddin berkata, BN Negeri Sembilan optimis akan memperoleh agihan dua kerusi daripada persetujuan Majlis Presiden PH dalam masa terdekat.

“Keputusan akhir penyerahan dua kerusi tambahan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden, diharap sebelum Hari Raya Aidiladha ini.

“Saya yakin Majlis Presiden akan memberi persetujuan kerana ia aalah keputusan sewajarnya demi kebaikan kedua-dua parti dan semangat kerjasama BN dan PH, kena ada give and take,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Jelebu itu, salah satu daripada kerusi yang menjadi sasaran BN pada PRN nanti adalah kerusi di Parlimen Seremban.

“Saya ada memberi keutamaan kawasan-kawasan yang perlu kita mohon contohnya di kawasan Parlimen Seremban sebab kita tak ada wakil dari BN, ini adalah rasional kita.

“Satu lagi kerusi berdasarkan justifikasi yang saya berikan kepada pimpinan PH, saya yakin pimpinan PH dalam Majlis Presiden mengambil kira dan serius tentang itu,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button