BERITA SEMASAPOLITIK

Bertandinglah secara sihat, jangan memburukkan lawan – Rohani Hussin

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan, Rohani Hussin menolak dakwaan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang mengatakan sayap wanita parti itu semakin lesu.

Menurut Rohani, di bawah kepimpinan Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan, Wanita KEADILAN terus aktif hingga ke akar umbi melalui pelbagai inisiatif termasuk bantuan dana, barangan keperluan serta program ilmu untuk memperkasa wanita.

Ketua Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan, Rohani Hussin

“Dakwaan Rodziah keterlaluan. Jangan hanya kerana ingin merebut jawatan, sanggup memburukkan lawan. Bertandinglah secara sihat dan profesional.

“Usah menuding jari sana sini untuk mencari salah orang lain,” katanya yang juga Ketua Wanita KEADILAN Cabang Putrajaya.

Rodziah sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita KEADILAN Pusat bagi sesi 2025-2028 pada pemilihan Mei ini.

Sementara itu, Rohani turut menyenaraikan sumbangan Fadhlina termasuklah program Bakul Madani Wanita (BMW), Kembali ke Sekolah, Cek Cuti B40, Suri Perkeso dan Misi Banjir.

Malah, beliau menyifatkan Fadhlina sebagai pemimpin tidak suka memburukkan lawan, sebaliknya bertanding secara berhemah serta rajin turun padang membantu rakyat tanpa mengira kaum.

“Saya menyokong penuh kepimpinan Fadhlina. Wanita KEADILAN perlu diberi peluang untuk terus maju di bawah kepimpinan beliau,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button