Berita SemasaPolitik

Calon PN di Ayer Kuning diumum 20 Mac – Sanusi

TAPAH – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas mesyuarat khas yang dijadualkan pada 20 Mac ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, parti itu telah mempunyai senarai calon yang akan dimuktamadkan dalam mesyuarat berkenaan.

Calon PN di Ayer Kuning diumum 20 Mac – Sanusi
Muhamad Sanusi Md Nor

“Kita ada banyak calon yang boleh diketengahkan, belum ada senarai pendek lagi dan paling penting calon itu adalah calon tempatan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran jentera PN PRK Ayer Kuning di sini, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April dengan tarikh penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Calon PN di Ayer Kuning diumum 20 Mac – Sanusi

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button