BERITA SEMASAPOLITIK

AMANAH buat laporan polis, desak tindakan terhadap Ahmad Fadhli

KUALA LUMPUR – Pemuda AMANAH Nasional mengarahkan ahlinya di seluruh negara membuat laporan polis terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa menghina institusi diraja.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda berkata, tindakan itu penting bagi memastikan tiada pihak sewenang-wenangnya merendahkan martabat institusi diraja yang menjadi tonggak perpaduan negara.

“Sebagai rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan institusi diraja. Penghinaan terhadap institusi itu tidak boleh dibiarkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahmad Fadhli bagi memastikan kedaulatan institusi diraja terus dihormati.

“Kami berdiri teguh mempertahankan kehormatan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang kestabilan negara,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Pemuda AMANAH Nasional mengarahkan semua sayap pemudanya di setiap negeri segera membuat laporan polis.

“Kami mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang,” katanya lagi.

Pemuda AMANAH menegaskan pendirian mereka untuk terus menyokong institusi diraja sebagai simbol perpaduan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button