BERITA SEMASAPOLITIK

Ahmad Zahid yakin Dr. Mohamad Yusri calon terbaik untuk DUN Ayer Kuning

TAPAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan pemilihan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Mohamad Yusri Bakir sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohamad Yusri merupakan seorang calon yang tepat dan berkaliber untuk meneruskan legasi kecemerlangan yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin sebagai wakil rakyat di Ayer Kuning.

“Memiliki PhD dalam Pendidikan Islam (UPSI) dan berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPG Kampus Ipoh, sudah pasti Mohamad Yusri Bakir merupakan seorang calon yang tepat.

“Saya yakin, dengan perancangan rapi dan gandingan mantap jentera BN dibantu jentera PH, kita mampu untuk menawan hati rakyat, seterusnya kembali memenangi kerusi DUN Ayer Kuning,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ahmad yang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama pimpinan BN dan rakan-rakan dari komponen Kerajaan Perpaduan telah mengiringi Mohamad Yusri ke sesi penamaan PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah, Perak pagi tadi.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini bakal menjadi medan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti berbeza.

Mohamad Yusri bakal berdepan saingan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abd Muhaimin Malek dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Sebagai rekod, kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai seramai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button