
Ahli UMNO sertai himpunan solidariti Najib Razak dianggap ambil risiko sendiri
BANGI – Ahli UMNO yang menyertai himpunan solidariti terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya esok, dianggap sebagai mengambil risiko sendiri.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan dikeluarkan Setiausaha Agung parti untuk tidak mengambil bahagian dalam himpunan itu, adalah berdasarkan arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara.
“Aspek keselamatan dan arahan yang dikeluarkan mempunyai alasan tersendiri dan harus dipatuhi.
“Kita harap tidak ada penganjur daripada mana-mana bahagian, atau cawangan yang turut terbabit secara rasmi di perhimpunan berkenaan,” kata Ahmad Zahid selepas merasmikan Kuali Cafe Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada ahli UMNO yang menghadiri himpunan itu akan dikenakan sebarang tindakan, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang risiko akan ditanggung oleh individu berkenaan.
Himpunan solidariti yang dijadualkan di Putrajaya esok adalah sebagai tanda sokongan terhadap Najib dalam rayuannya bagi mendapatkan kebenaran mengemukakan keterangan baharu dalam rayuannya untuk menjalani baki tempoh penjaranya sebagai tahanan rumah.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |