
Ahli Parlimen Tanjung Karang umum sokong PM
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi hari ini mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zulkafperi berkata, keputusan itu adalah bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan di kawasan diwakilinya terus terbela termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.
“Selain itu terdapat keperluan kepada kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara disamping menginsafi keperitan dan kehidupan rakyat dengan kos sara hidaup yang menghimpit kini.
“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga pilihanraya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri adalah tanpa paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak.
“Saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjung Karang,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa masih setia dengan Bersatu dan tidak akan mengkhianati parti itu, namun bagi memastikan pembangunan di Tanjung Karang mestilah seiring dengan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Anwar.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |