
Ahli Parlimen Machang kelirukan rakyat mengenai dividen KWSP
SUNGAI PETANI – Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari, menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berhubung dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cubaan mengelirukan rakyat.
Beliau berkata, kadar dividen sebanyak 6.3 peratus bagi simpanan konvensional dan Syariah yang diumumkan baru-baru ini adalah yang tertinggi sejak 2017 dan seharusnya disambut baik oleh semua pihak.
“Beliau seolah-olah mahu memainkan sentimen politik untuk menjejaskan keyakinan rakyat sedangkan itu adalah berita baik buat semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Taufiq turut berkata, kejayaan itu menunjukkan kecekapan pengurusan ekonomi di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Prestasi ekonomi negara kini lebih baik, bukan sahaja dalam dividen KWSP tetapi juga dalam pertumbuhan KDNK dan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatat rekod tinggi berbanding ketika pentadbiran terdahulu,” ujarnya lagi.
Beliau turut membidas dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa jumlah pembayaran dividen RM73.24 bilion hampir menyamai keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP sebanyak RM74.46 bilion.
“Konsep itu telah digunakan pada zaman Perikatan Nasional (PN) juga, tetapi dengan dividen yang lebih rendah. Contohnya, pada 2022, pendapatan pelaburan KWSP adalah RM55 bilion dan RM51 bilion digunakan untuk pembayaran dividen.
“Jika prinsipnya sama, apa yang membezakan? Perbezaannya adalah jumlah dividen lebih kecil pada masa itu,” katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan Ahli Parlimen Machang agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat dan sebaliknya menilai kembali pentadbiran sendiri sebelum mengkritik kerajaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |