73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN17 Sabah
KOTA KINABALU – Suasana politik Sabah kembali hangat apabila gelanggang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) dibuka hari ini melalui proses penamaan calon yang berlangsung serentak di 25 pusat penamaan di seluruh negeri bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Proses penyerahan borang pencalonan bermula tepat jam 9 pagi dan dibuka selama satu jam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) membuat semakan akhir serta mengumumkan senarai calon yang layak bertanding.
Detik bersejarah ini bakal menentukan barisan pemimpin yang akan mewarnai pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.
Sebaik sahaja proses penamaan calon bagi kesemua 73 kerusi selesai, saingan kempen selama dua minggu akan bermula.

Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihan raya negeri kali ini.
Mereka terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 29 November 2025 ini sebagai tarikh PRN17 bagi negeri Sabah.
Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 28 November 2025 (Jumaat).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






