POLITIK

183 pengundi luar cetus kebimbangan: Khalid Imran mahu pemilihan AMK Kangar telus dan adil

KANGAR – Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kangar, Khalid Imran Mas Ahmad Nasruddin menyuarakan kebimbangan terhadap kewujudan 183 pengundi luar yang didaftarkan sebagai ahli AMK Cabang itu menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 April ini.

Menurut beliau, situasi itu membangkitkan persoalan serius berhubung ketelusan dan keadilan proses pemilihan, selain boleh mencemarkan suara sebenar anak muda tempatan.

khalid imran
Calon Ketua AMK Kangar 2025 – 2027

“Daripada 581 pengundi muda yang layak mengundi dalam AMK Kangar, 183 daripadanya merupakan pengundi luar. Ini sesuatu yang sangat membimbangkan kerana ia mencerminkan cubaan untuk memanipulasi keputusan pemilihan,” katanya kepada MT hari ini.

Beliau yang juga anak jati Kampung Tok Paduka, Kangar berkata, pemilihan parti perlu dijalankan secara telus dan bebas daripada sebarang campur tangan luar.

“Kita mahu kepimpinan AMK ditentukan oleh anak muda Kangar sendiri, bukan oleh mereka yang hanya muncul ketika musim pemilihan,” katanya lagi.

Khalid, 26, turut mengumumkan pencalonannya sebagai Ketua AMK Cabang Kangar bagi sesi 2025–2028 dengan misi membawa nafas baharu kepada sayap muda parti di kawasan itu.

Senarai calon pada pemilihan AMK cabang Kangar kali ini.

Katanya, sebagai aktivis yang aktif dalam lapangan politik, kemasyarakatan dan NGO, beliau yakin pendekatan kepimpinan progresif dan inklusif mampu memperkukuh perjuangan AMK di peringkat akar umbi.

“Saya yakin dengan dokongan jentera, ahli akar umbi dan semangat warga Kangar yang cintakan keadilan, kita mampu mencipta perubahan yang lebih besar dan bermakna.

“Untuk Kangar, untuk anak muda, untuk Keadilan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button