Polis tahan lelaki dikehendaki
Kes wanita hamil ditemukan maut dengan kesan tembakan
PASIR MAS – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang diburu sejak tiga tahun lalu berkaitan kes pembunuhan seorang wanita hamil tujuh bulan, tiga tahun lalu.
Ketua Polis Pasir Mas, Kama Azural Mohamed berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakannya oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bukit Lata, Pasir Mas, pukul 7 malam tadi.
“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamin,” katanya.
Suspek yang berasal dari Kampung Pak Jak, Pasir Mas itu direman tujuh hari hingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang wanita hamil tujuh bulan yang juga peniaga berusia 26 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas pada Jun 2022.
Polis kemudian memburu seorang lelaki dikenali Zulhakimy Aiman Suhairuddin bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


