JENAYAH & MAHKAMAH

Polis rakam keterangan 12 individu kes pelajar swasta dikelar bekas teman lelaki

SUBANG JAYA – Polis sudah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita warga asing yang dikelar bekas teman lelakinya di sebuah universiti swasta, di sini kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, antara yang dirakam percakapan itu termasuk kakitangan universiti, rakan mangsa serta saksi yang melihat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang berusia 20 tahun masih dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini berada dalam keadaan stabil.

Wan Azlan sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, motif kejadian ada lah berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana menipu.

Beliau berkata, suspek mendakwa bekas teman wanitanya telah menuduhnya menghalang mangsa keluar dari rumah.

Suspek yang merupakan warga asing direman empat hari sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button