BERITA SEMASA

Polis nafi kebakaran ladang di Pekan angkara aktiviti penagih dadah

KUANTAN – Kebakaran kawasan hutan dan ladang nanas seluas 113 hektar di Kampung Cenderawasih, Pekan dekat sini berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka dan bukan daripada aktiviti penagih dadah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, andaian kebakaran yang berlaku sejak 7 Mac lalu itu berpunca daripada aktiviti kumpulan penagih dadah ketika melepaskan gian tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Bagaimanapun katanya, siasatan awal mendapati kebakaran tersebut berlaku akibat pembakaran terbuka di tanah milik persendirian dan kerajaan.

“Berdasarkan pemeriksaan, tiada sebarang bukti kewujudan sarang penagih dadah di kawasan itu.

“Ia adalah kawasan terbuka dan tidak masuk akal juga jika penagih sendiri membakar lokasi mereka,” katanya kepada media selepas Program ‘High Profile Policing’ di bazar Ramadan Tanjung Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka, terutama di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar dan sukar dipadamkan ketika cuaca panas dan kering.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa kebakaran itu bermula di sebuah kawasan hutan yang sering menjadi tempat pertemuan individu dipercayai penagih dadah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button