PM umum dana tambahan RM100 juta untuk rakyat Palestin
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia menyalurkan tambahan dana berjumlah RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin, khususnya di Gaza.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan baharu itu adalah tambahan kepada dana RM100 juta yang telah diluluskan kerajaan dua tahun lalu.
Beliau berkata, setakat ini kerajaan telah membawa pulang rakyat Palestin yang uzur dan sakit melalui dua penerbangan khas, manakala sebahagian besar daripada mereka telah selesai menjalani rawatan.
“Anak-anak Palestin yang masih berada di sini akan terus diberi peluang pendidikan serta kemudahan sewajarnya.
“Bantuan kemanusiaan juga akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza yang berlangsung di Dataran Merdeka malam tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru syarikat, pedagang dan ahli perniagaan tempatan agar bersama kerajaan menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban rakyat Palestin.
“Keamanan dan kebebasan yang dinikmati Malaysia ketika ini harus dijadikan teladan dengan memastikan ia terus terpelihara, selain menzahirkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








