BERITA SEMASA

PM lancar perkhidmatan NADI di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2

IPOH – Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di sini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pelancaran perkhidmatan ini bukan sahaja akan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan masyarakat setempat bahkan membantu meningkatkan taraf hidup.

“Inisiatif perkhidmatan pintar ini ialah hasil daripada Persidangan Pusat Ekonomi Digital Madani yang telah dianjurkan pada 29 November 2023 dan merupakan perkhidmatan digital yang disediakan di semua NADI seluruh negara.

“Program-program sedia ada di NADI telah disusun semula oleh MCMC dan dijalankan berpandukan kepada lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh. Kredit foto MCMC

Dalam pada itu katanya, penyusunan ini bagi memperkasakan masyarakat selain memastikan capaian dan peluang sama rata untuk memenuhi keperluan khusus masyarakat setempat.

Katanya, inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi NADI yang kini memfokuskan penyediaan capaian Internet secara kolektif, sebagai pusat penyebaran maklumat terkini dan tepat terutamanya bagi inisiatif kerajaan serta manfaatnya untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh. Kredit foto MCMC

Sementara itu katanya, setakat 30 Jun lalu sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Perak dan empat daripadanya ialah NADI baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi yang mewakili Menteri Besar Perak; Menteri
Komunikasi, Fahmi Fadzil; Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh
Din dan wakil-wakil syarikat penyedia perkhidmatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button