
PIKAS 2030 pelan strategik untuk memacu kesejahteraan negara
PUTRAJAYA – Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) yang dilancarkan hari ini merupakan usaha kerajaan bagi mengukuhkan tata kelola dan pengurusan projek yang dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama awam-swasta.
Dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar hari ini, matlamat pelan strategik itu adalah menyediakan landskap Kerjasama Awam-Swasta (PPP) yang teguh dan mampan untuk memacu kesejahteraan negara.
Menurut Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (JPM), PIKAS 2030 merupakan kesinambungan daripada dasar dan garis panduan kerjasama awam-swasta sedia ada yang telah diberi nilai tambah dengan hala tuju yang lebih jelas dan terangkum, jelas kenyataan itu.
Di samping itu, PIKAS 2030 juga menetapkan beberapa sasaran penting yang akan menjadi penanda aras kejayaannya.
“Melalui projek kerjasama awam-swasta, kerajaan menjangkakan peningkatan pelaburan swasta kepada RM78 bilion, sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM82 bilion, dan penciptaan 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030,” tambah kenyataan itu.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Bagi memastikan pencapaian matlamat itu, PIKAS 2030 dibangunkan berdasarkan empat teras strategik dan 17 inisiatif strategik.
Bagi mencapai objektif untuk terus mengukuhkan tatakelola dalam pelaksanaan projek PPP, kerajaan akan mengutamakan pelaksanaan cadangan projek PPP secara bidaan bersaing melalui “Request for Proposal” (RFP).
Proses itu akan mempertingkatkan persaingan, inovasi, kualiti perkhidmatan dan memberi nilai faedah terbaik kepada kerajaan serta rakyat, tambah kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
