BERITA SEMASA

Peserta wanita Ironman meninggal dunia selepas kritikal dirawat di hospital

KUALA LUMPUR – Peserta wanita  Ironman Langkawi Malaysia yang sebelum ini kritikal dan dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi disahkan meninggal dunia.

Berita sedih mengenai pemergian Muhaini Mahmud 44, disahkan oleh, rakan karibnya Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid sebentar tadi.

Menerusi catatan itu, Nurul Hidayah berkata beliau kehilangan seorang sahabat yang tidak pernah melupakan tarikh hari jadinya setiap tahun.

”Allah lebih sayang kan u Mui,” katanya.

“Semoga you rehat dengan tenang di taman-taman syurga, our beloved Mui,” tulisnya.

Semalam, media melaporkan seorang peserta wanita dikejarkan ke HSM kerana disyaki mengalami keletihan semasa melakukan disiplin renang dalam satu kejohanan triatlon yang berlangsung.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, wanita berusia 44 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Sementara itu, dalam satu mesej yang tular, jenazah Allahyarham akan dibawa  dari Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pada pukul 7 pagi dan dijangka tiba di Padang  MINDEF Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pukul 8.30 pagi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid UTM Jalan Maktab dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas Zohor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button