Pesawat TUDM hilang kawalan, landasan LTSAH ditutup sementara
ALOR SETAR – Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan hilang kawalan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini petang tadi.
Malaysia Airports dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu mengakibatkan landasan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat dan pembersihan dilakukan.
Menurut kenyataan itu, notis kepada Anggota Penerbangan (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berterusan sehingga jam 10.30 malam ini.
“Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di AOR akan terjejas. Penumpang termasuk jemaah haji dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, maklumat terkini akan dimaklumkan sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








