Pesara rugi RM94,463 ditipu skim pelaburan tidak wujud
KUALA TERENGGANU – Seorang pesara berusia 59 tahun kerugian RM94,463 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui aplikasi dalam talian, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa menerima tawaran pelaburan pada pukul 3.10 petang ketika berada di rumah sebelum diarahkan mendaftar dalam sebuah laman sesawang dan membuat pelaburan awal sebanyak RM200.
“Dalam aplikasi tersebut, mangsa melihat jumlah pelaburan seolah-olah meningkat dan kononnya memperoleh keuntungan.
“Mangsa kemudiannya digesa membuat transaksi lain atas alasan untuk memproses bayaran keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Azli, antara 14 hingga 17 Ogos lalu, mangsa membuat 12 transaksi ke enam akaun berbeza seperti diarahkan sindiket terbabit.
“Mangsa akhirnya menyedari ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada pukul 8.17 malam semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sumber kewangan mangsa adalah wang pampasan pencen miliknya,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







