BERITA SEMASA

Guru agama, isteri antara 3 maut dalam kemalangan di WCE

IPOH – Seorang guru agama bersama isterinya antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 262.5, Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) malam tadi.

Menurut pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Trong dan Balai Bomba Penyelamat Taiping, pihaknya tiba di lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dari orang awam pada jam 11.11 malam.

“Nahas melibatkan kenderaan jenis Perodua Bezza yang dinaiki pasangan suami isteri bersama tiga kanak-kanak dan Honda Civic yang dinaiki dua wanita bersama dua kanak-kanak,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Mangsa lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Ustaz Fahimi merupakan guru di MRSM Bagan Datuk, maut bersama isterinya di lokasi kejadian.

Allahyarham Ustaz Fahimi maut dalam kemalangan yang turut mengorbankan isterinya di WCE semalam. Kredit gambar MRSM Bagan Datuk

Dalam kejadian itu seorang lagi wanita turut dilaporkan meninggal dunia.

Katanya, kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut manakala tiga mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping.

Punca sebenar nahas belum dikenal pasti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button