LUAR NEGARA

Penyanyi terkenal Thailand cedera ditikam di stesen minyak di Bangkok

BANGKOK – Penyanyi popular Thailand, Palitchoke Ayanaputra atau lebih dikenali sebagai Peck cedera akibat ditikam oleh seorang lelaki dalam insiden di sebuah stesen minyak di negara itu awal pagi semalam, lapor Bangkok Post.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi di stesen minyak di kawasan Hua Mak, daerah Bang Kapi.

Pasukan penyelamat dan sukarelawan memberi bantuan kecemasan awal sebelum membawa Peck ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Pihak polis dari Balai Hua Mak bersama sukarelawan Yayasan Siam Ruam Jai segera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, mangsa yang merupakan penyanyi lelaki terkenal ditemui mengalami luka tikaman di bawah dagu dan mengalami pendarahan teruk.

“Pasukan penyelamat memberikan rawatan kecemasan sebelum beliau dibawa ke Hospital Kasemrad untuk rawatan lanjut,” menurut polis.

Polis kemudian berjaya menahan suspek, seorang lelaki dari wilayah Samut Songkhram dan merampas sebilah pisau sepanjang 20 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran antara kedua-dua individu berkenaan.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku menikam penyanyi itu namun mendakwa bertindak untuk mempertahankan diri.

Pihak berkuasa mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap suspek tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button