BERITA SEMASA

Penyanyi lagu Manusia Miskin Kaya, Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun

SINGAPURA – Biduanita Nona Asiah atau nama sebenarnya Asiah Aman yang terkenal ketika era kegemilangan filem Melayu Jalan Ampas pada 1950an meninggal dunia pada usia 94 tahun hari ini.

Berita sedih itu disahkan oleh anak Allahyarham, Indra Shahrir.

Allahyarham yang terkenal dengan lagu-lagu malar segar seperti ‘Jikalau Abang Merindu, ‘Manusia Miskin Kaya’ dan ‘Cempaka Biru menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.25 pagi tadi.

Selain bernyanyi dan menjadi guru nyanyian di Bengkel Kanak-Kanak dan rancangan Aksi Mat Yoyo, ibu kepada lima orang anak ini juga dikenali sebagai usahawan wanita yang cukup kreatif, selaku pereka busana fesyen ‘Seniati’ yang terkenal dan diminati ramai.

Antara pelanggannya ialah primadona Melayu seperti seniwati Saloma, Kartina Dahari, Siput Sarawak, Latifah Omar dan ramai lagi.

Allahyarham juga pernah menerima Anugerah Perdana Emas di Pesta Perdana 2003 dan menerima anugerah tertinggi Pingat Budaya ‘Cultural Medallion’ pada 2016.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button