PMXBERITA SEMASA

Penjawat awam tidak berprestasi terkecuali kenaikan gaji

PUTRAJAYA – Penjawat awam yang malas dan berprestasi kerja kurang baik tidak akan menerima kenaikan 13 peratus seperti diumumkan kerajaan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, golongan itu juga tidak akan menikmati kelebihan kenaikan pangkat atau kelebihan-kelebihan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

“Kalau rekod pekerjaannya tidak memberangsangkan, malas, sering datang kerja lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, tidak layak diberi ganjaran yang dijanjikan kerajaan.

“Ini tanggungjawab kita bersama baik persatuan atau rakan sepejabat untuk pastikan dua tiga kerat yang lembap ini kekal di jawatan (sedia ada) selama-lamanya,” katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis saambutan Hari Pekerja 2024 di PICC pagi tadi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berharap sektor swasta dapat mencontohi langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam seperti yang diumumkannya hari ini.

Katanya, ada pihak swasta yang mencatatkan keuntungan berganda hasil daripada produktiviti dan pengorbanan pekerja mereka.
“Ini sebagai langkah permulaan, pihak swasta (diharap dapat) meningkatkan gaji pekerja mereka.”

“Ada syarikat besar yang mencatat keuntungan berganda daripada produktiviti (pekerja). Apa salahnya kalau syarikat untung berjuta bagi lah sedikit kepada pekerja,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button