BERITA SEMASADALAM NEGERI

Penjawat awam Terengganu terima bantuan khas Aidilfitri RM500

KUALA TERENGGANU – Seramai kira-kira 14,000 penjawat awam negeri Terengganu menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 seorang sebagai penghargaan atas perkhidmatan mereka kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan tersebut disalurkan bagi membantu meringankan beban penjawat awam dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, pemberian itu juga merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen kakitangan awam yang terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Pemberian bantuan itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua penjawat awam yang terus komited melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing,” katanya memetik BH Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi dan Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan (Permata) anjuran Yayasan Terengganu di sini semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Ahli Parlimen Kemaman itu turut memaklumkan bahawa bantuan khas berkenaan telah mula disalurkan bermula hari ini.

Difahamkan, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM7 juta bagi membiayai pemberian bantuan khas Aidilfitri tersebut kepada semua penjawat awam negeri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button