BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Peniaga makanan sejuk beku rugi lebih RM600,000 ditipu pelaburan tidak wujud

NILAI – Seorang peniaga makanan sejuk beku mengalami kerugian lebih RM600,000 selepas diperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dalam talian pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata, mangsa yang berusia awal 50-an itu membuat laporan polis pada pukul 1.17 petang semalam.

Menurutnya, mangsa telah berurusan dengan individu yang menawarkan pelaburan pada 21 April lalu sebelum diminta untuk mendaftar akaun di platform e-dagang bagi memulakan pelaburan perniagaan dan menjual barangan melalui kedai dalam talian miliknya.

“Mangsa kemudiannya memindahkan wang ke dalam 19 akaun bank yang diberikan bagi tujuan pelaburan saham dengan keseluruhan berjumlah RM677,890 menerusi 43 transaksi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Malik berkata, mangsa mula menyedari ditipu apabila tidak dapat membuat pengeluaran keuntungan atau wang modal yang telah dilaburkan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas tuduhan menipu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button