Peniaga kerugian RM380,000 diperdaya sindiket pelaburan dalam talian
KOTA TINGGI – Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM380,000 selepas terjerat dalam sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, mangsa diperkenalkan dengan skim pelaburan berkenaan oleh seorang lelaki yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp pada 10 Oktober lalu.
Sindiket itu mendakwa mampu memberikan keuntungan sehingga 50 peratus daripada jumlah pelaburan dalam tempoh seminggu.
“Tertarik dengan janji pulangan tinggi, mangsa membuat lapan transaksi ke dua akaun berbeza bagi tujuan pelaburan bermula 10 hingga 15 Oktober dengan jumlah keseluruhan RM380,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Yusof, selepas mangsa cuba menuntut keuntungan pelaburan semalam, suspek enggan menyerahkannya dan sebaliknya meminta mangsa menambahkan lagi wang pelaburannya.
Kes ini disiasat mengikut Akta Kesalahan Kewangan Berhubung Pelaburan 2001.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam tempoh singkat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








