BERITA SEMASA

Penggunaan vape akan diharamkan – Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pengharaman penggunaan vape bukan lagi satu persoalan jika, tetapi hanya menunggu masa sesuai apabila semua bukti saintifik dan teknikal lengkap diperoleh.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan amat komited dalam usaha melindungi kesihatan awam terutama golongan rentan seperti kanak-kanak dan remaja yang semakin terdedah kepada bahaya vape.

“Bukan soal jika, tetapi soal bila. Kita sudah ada peruntukan undang-undang melalui Akta 852..m

“Namun untuk mengharamkan keseluruhan penggunaan vape termasuk sistem terbuka, kita perlukan dapatan saintifik, penilaian teknikal dan justifikasi dari pelbagai sudut.

“Sebab itu, saya tegaskan bahawa kita tidak terburu-buru, tetapi bertindak secara berhemah dan berlandaskan bukti,” katanya dalam sidang media pelancaran Op PaPa hari ini.

Menurutnya, Malaysia tidak akan mengambil pendekatan ‘pengurangan mudarat’ (harm reduction) seperti yang diamalkan di negara-negara seperti United Kingdom dan Australia kerana situasi penggunaan vape di Malaysia jauh lebih membimbangkan.

“Kita tidak boleh ikut buta-buta model luar negara. Di Malaysia, pelajar sekolah rendah pun sudah ada akses kepada vape.

“Ini bukan sekadar isu gaya hidup, tetapi sudah menjadi krisis kesihatan awam,” katanya lagi.

Beliau menambah, pendekatan pengharaman sepenuhnya sedang dikaji secara mendalam oleh panel pakar dan akan dibentangkan kepada kabinet apabila tiba masanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button