JENAYAH & MAHKAMAH

Penganjur ‘kutu lelong’ lesap dengan RM701,000 diburu polis

KEMAMAN – Seorang peniaga wanita berusia 27 tahun yang dipercayai menganjurkan skim pelaburan tidak wujud dikenali sebagai ‘kutu lelong’ kini diburu polis selepas melarikan wang pelabur berjumlah kira-kira RM701,000 sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, setakat ini seramai 12 individu berusia antara 21 hingga 39 tahun tampil membuat laporan polis sejak Isnin lalu selepas mendakwa ditipu suspek.

Beliau berkata, laporan pertama diterima daripada seorang lelaki di Balai Polis Cukai di sini sebelum siasatan awal mendapati suspek menawarkan skim pelaburan dengan janji keuntungan segera.

“Skim ‘kutu lelong’ itu dipercayai menarik kira-kira 400 pelabur yang melaburkan antara RM200 hingga RM20,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mohd Razi, siasatan mendapati suspek telah melarikan diri dari daerah itu dan usaha mengesannya sedang dipergiatkan.

Kes berkenaan turut dirujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button